Antara Mentor Dan Sahabat Sejati
Persahabatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan hubungan Yang sangat erat serta saling menghormati antara satu sama lain dalam arena politik Malaysia. Datuk Seri Najib pernah menggambarkan Tun Abdullah sebagai seorang sahabat sejati dan mentor yang setia. Dalam ucapan beliau pada tahun 2017, Datuk Seri menyifatkan Tun Abdullah sebagai sahabat sejati yang setia atas sokongan Tun Abdullah dalam kerajaan dan UMNO semasa menghadapi cabaran politik. Hari ini, 14 April 2025 Datuk Seri Najib memberi penghormatan terakhir kepada sahabat dan jua mentor beliau, Tun Abdullah di Masjid Negara. Tun Abdullah adalah mentor kepada Datuk Seri Najib kerana Tun Abdullah yang memberi bimbingan kepada Datuk Seri dalam perjalanan politiknya. Kredit : immeykoo